Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal itu Perampasan_kapal_tangki_MT_Orkim_Harmony

Operasi SAR besar-besaran melibatkan 10 buah kapal, tiga bot dan satu pesawat milik Maritim dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kira-kira 1,500 anggota yang meliputi kawasan pencarian seluas 50,000 kilometer persegi diyakini akan membuahkan hasil sedikit masa lagi. Antaranya ialah tiga kapal milik TLDM iaitu KD Terengganu, KD Pendekar dan KD Ganyang.[15] Lain-lain ialah KM Mulia, Pengawal 32 dan Penggalang 14.

Jika keadaan cuaca baik ia akan berada pada kelajuan konsisten. Kalau kapal menuju ke utara, pada ketika ini ia dijangka berada di perairan Vietnam, kalau ke timur ia akan berada di perairan Sabah.

Tetapi jika sebelum sampai perairan Sarawak, kapal itu akan membelok ke kanan ia akan ke Pontianak (Kalimantan) atau lebih jauh ke Tanjung Priok berhampiran Jakarta. Kemungkinan juga kapal itu bersembunyi di perairan kepulauan Anambas dan Natuna (Indonesia).

Sehubungan itu Maritim dan TLDM telah membuat sekatan di semua laluan keluar daripada perairan negara.Pihak Maritim telah berhubung dengan semua pihak berkuasa negara-negara Asean serta mendapatkan kerjasama negara Amerika Syarikat dan Australia bagi menjejaki kapal itu.

Pengarah Operasi Wilayah Selatan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Ibrahim Mohamed memaklumkan bahawa Maritim Malaysia telah memanjangkan maklumat ini kepada Singapore Police Coast Guard (SPCG), Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dan Badan Keamanan Laur Republik Indonesia (Bakamla RI) bagi membantu mengesan kapal tersebut.[16]

Pengarah Operasi APMM Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamad menyatakan bahawa operasi pencarian diteruskan meliputi kawasan seluas 20,000 kilometer persegi melibatkan Tanjung Penawar hingga ke Mersing seterusnya melangkaui sempadan perairan Malaysia dan negara jiran.

Kehilangan kapal MT Orkim Harmony adalah kes keempat di Laut China Selatan pada tahun ini dengan tiga daripada kes itu merupakan rompakan. Maritim menyiasat kes kehilangan kapal itu daripada semua sudut termasuk latar belakang anak kapal serta laluan kapal tersebut.

Sehubungan itu beliau menggesa semua syarikat perkapalan untuk membuat laporan kepada pihaknya secepat mungkin sekiranya berlaku kecemasan atau kehilangan kapal bagi memudahkan pencarian. [17]

Rujukan

WikiPedia: Perampasan_kapal_tangki_MT_Orkim_Harmony http://www.abc.net.au/news/2015-06-18/malaysian-na... http://english.astroawani.com/malaysia-news/mt-ork... http://www.malaysiakini.com/news/265773 http://www.mysinchew.com/node/110048 http://news.okezone.com/read/2015/06/23/18/1169987... http://www.straitstimes.com/news/asia/south-east-a... http://www.thejakartapost.com/news/2015/06/18/mala... http://www.bernama.com.my/bernama/v8/ge/newsgenera... http://www.bernama.com.my/bernama/v8/ge/newsgenera... http://www.bernama.com.my/bernama/v8/newsindex.php...